RAFIQQIROSLI
  • UTAMA
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN INDIVIDU/KUMPULAN
    • TUGASAN INDIVIDU 1
    • TUGASAN INDIVIDU 2
    • TUGASAN KUMPULAN 1
    • TUGASAN KUMPULAN 2
  • REFLEKSI
    • MINGGU 5
    • MINGGU 6
    • MINGGU 7
    • MINGGU 8
    • MINGGU 9
    • MINGGU 10
  • UTAMA
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN INDIVIDU/KUMPULAN
    • TUGASAN INDIVIDU 1
    • TUGASAN INDIVIDU 2
    • TUGASAN KUMPULAN 1
    • TUGASAN KUMPULAN 2
  • REFLEKSI
    • MINGGU 5
    • MINGGU 6
    • MINGGU 7
    • MINGGU 8
    • MINGGU 9
    • MINGGU 10
Search

23 / 11 / 2021

​Pada minggu ini kami mengadakan kelas tak segerak kerana Dr mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan tetapi  Dr.Fariza meminta kami menonton video tentang Augmented Reality (AR). Sejujurnya, saya pernah mendengarnya namun saya tidak pernah mengetahui dengan lebih lanjut dengan AR tersebut. Jadi, saya dengan tekun sekali menonton video AR tersebut kerana saya tidak memahami sedikitpun berkenaan dengan Augmented Reality (AR).

Jadi, apakah itu Augmented Reality atau AR?

​Augmented reality (AR) ialah versi dunia sebenar yang ditambah secara teknologi yang dicipta melalui penggunaan elemen visual digital, bunyi atau rangsangan deria yang lain. Ringkasnya, AR (Augmented Reality) ialah teknologi yang memanjangkan dunia fizikal kita dengan meletakkan data digital di atasnya. Tidak seperti Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR) tidak membangunkan keseluruhan persekitaran buatan untuk menggantikan yang sebenar dengan yang maya. Ini bermakna AR menggunakan tetapan dunia sebenar manakala VR adalah maya sepenuhnya. Salah satu contoh AR yang paling ketara ialah permainan Pokemon Go yang kita boleh lihat seolah-olah Pokemon itu wujud di dunia nyata tetapi melalui lensa telefon pintar.

Dalam konteks pendidikan, AR memang memberikan banyak faedah. Dengan menyampaikan pengalaman pembelajaran visual dan interaktif, ia membolehkan pemahaman yang lebih baik tentang topik yang kompleks. Pertimbangkan betapa mudahnya bagi pendidik untuk menjadi tanpa kertas apabila AR dilaksanakan di dalam bilik darjah. Ia memudahkan kerja kami sebagai pendidik kerana kami tidak perlu membawa seberapa banyak bahan pengajaran ke kelas. Selain itu, AR juga menambah baik pengalaman pembelajaran kerana aktiviti yang disepadukan dengan AR sering interaktif dan hasilnya dapat menarik penyertaan pelajar dalam pembelajaran serta meningkatkan motivasi mereka.

Oleh itu, saya percaya bahawa penggunaan AR dalam bilik darjah menawarkan pelbagai faedah terutamanya kepada pelajar generasi akan datang kerana mereka akan lebih maju dan memerlukan cara pembelajaran yang lebih maju dan terkini.

Sekian sahaja dari saya -Rafiqqi

Picture
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • UTAMA
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN INDIVIDU/KUMPULAN
    • TUGASAN INDIVIDU 1
    • TUGASAN INDIVIDU 2
    • TUGASAN KUMPULAN 1
    • TUGASAN KUMPULAN 2
  • REFLEKSI
    • MINGGU 5
    • MINGGU 6
    • MINGGU 7
    • MINGGU 8
    • MINGGU 9
    • MINGGU 10