RAFIQQIROSLI
  • UTAMA
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN INDIVIDU/KUMPULAN
    • TUGASAN INDIVIDU 1
    • TUGASAN INDIVIDU 2
    • TUGASAN KUMPULAN 1
    • TUGASAN KUMPULAN 2
  • REFLEKSI
    • MINGGU 5
    • MINGGU 6
    • MINGGU 7
    • MINGGU 8
    • MINGGU 9
    • MINGGU 10
  • UTAMA
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN INDIVIDU/KUMPULAN
    • TUGASAN INDIVIDU 1
    • TUGASAN INDIVIDU 2
    • TUGASAN KUMPULAN 1
    • TUGASAN KUMPULAN 2
  • REFLEKSI
    • MINGGU 5
    • MINGGU 6
    • MINGGU 7
    • MINGGU 8
    • MINGGU 9
    • MINGGU 10
Search

KEMAHIRAN FUTSAL 
               RAFIQQI10

PERNAHKAH ANDA BERMAIN FUTSAL?

​APA ITU SUKAN FUTSAL?

​Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association. Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua.


JOM PELAJARI KEMAHIRAN ASAS FUTSAL
1. Control Ball/Kawalan Bola
Teknik kawalan bola dalam permainan futsal dapat dilakukan dengan menggunakan kaki dalam, kaki luar dan telapak kaki sebelah depan memanfaatkan penggunaan kasut. Teknik mengontrol bola dengan kasut dalam futsal sangat penting sehingga harus dikuasai oleh setiap pemain.

2. Passing/Pengumpan
Permainan boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai sisi kaki. Semua bahagian boleh digunakan seperti kaki dalam, kaki luar, hujung kaki, tumit, atau sisi bawah. Namun yang paling baik adalah menggunakan kaki dalam dengan arah mendatar. Teknik ini memiliki akurasi paling baik di banding yang lainnya. Termasuk umpanan panjang yang menyusur padang dan juga yang paling penting ketepatan passing bola pada kawan. Bermain Futsal tidak jauh beza dengan bermain bola sepak pada umumnya, yang penting kekuatan stamina, mental dan strategi. Ada sedikit perbezaan sedikit dalam aspek strategi permainan dan  serangan.

Pola permainan dalam Futsal banyak didominasi permainan kaki ke kaki, maksudnya strategi dalam bertahan, mahupun menyerang lebih banyak dilakukan dengan umpanan pendek, berdasarkan ukuran padang yang lebih kecil dibanding bolasepak. Dengan pola seperti ini skill dan susunan pemain terutama dalam mengawal bola, mengumpan, menjaga pertahanan dan menyerang ke kawasan lawan sangat diperlukan. Didalam Futsal jarang sekali diterapkan umpanan panjang, strategi ini hanya membuang tenaga, disamping itu juga tidak mencerminkan permainan yang baik dan ingin dilihat . Namun demikian, bukannya dilarang atau tidak disarankan, terpulang kepada individu sendiri. Terciptanya formasi permainan yang cantik menerusi umpanan yang pendek dan tepat.
​

1. Penguasaan terhadap bola.
Untuk melatih penguasaan bola tahap pertama adalah dengan memfokuskan pada kekuatan dan kelincahan dalam pergerakan kaki, pemanasan badan sangat diperlukan, lakukan bersekali dengan dribling untuk menyelaraskan pergerakan kaki dan arah bola, boleh dilakukan dengan variasi zig-zag.

2. Komposisi Pemain.
Untuk membentuk satu team futsal yang bagus,  skill tiap-tiap pemain dalam aspek penguasaan bola harus utamakan, pengaturan serangan dan menyerang. Tempatkan pemain yang memiliki model pergerakan kaki yang rapat sebagai pemain bertahan, rapat di sini maksudnya model pergerakan kakinya yang tidak terlalu panjang, perkara ini lebih berguna untuk menahan laju pergerakan bola lawan, dan sebaliknya,  pemain dengan pergerakan panjang lebih dimanfaatkan sebagai penyerang.  Untuk pemain tengah diperlukan pemain yang memiliki kemampuan mengatur serangan dan yang lebih diutamakan adalah kemampuan stamina yang paling tinggi, dimana posisinya memerlukan pemain melakukan penyerangan dan bertahan

3. Teknik dan Pola Permainan.
Jumlah pemain Futsal bisa dilakukan 5 atau 6 orang termasuk penjaga gawang. Penempatan posisi pemain berdasarkan karekter dan gaya permainan masing-masing  akan lebih menyeimbangkan pola dalam bertahan maupun menyerang,  posisi yang bisa diterapkan sebagai berikut.
Jumlah pemain 5 orang :  Pola 1-2-2
​

Picture


AKTIVITI MEMANASKAN BADAN SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN.

Picture
Picture

STERATEGI MENYERANG
1. Kembangkan sayap
​Mengembangkan bahagian sayap adalah untuk memastikan 2 bahagian sayap siap sedia untuk menggerakkan serangan. Ada yang memanggil ia ‘stay wide’. Ada pasukan memang meletakkan 2 pemain sayap mereka benar-benar statik di atas ataupun di bahagian tengah. Dan ada juga selesa dengan sistem seperti pertukaran pemain sayap (rotation). Terpulang kepada keselesaan masing-masing. Ini adalah contoh di mana fixo (last man) sedang membina serangan. Dalam futsal pivot adalah penyerang utama / target man. Pivot ini yang akan turun naik menghubungkan antara bahagian. Dalam sistem ini, 2 pemain sayap terus mengambil posisi di sayap. Pivot memainkan peranan penting.

Picture

2. Serang berdasarkan orientasi pemain
Taktikal ini juga antara elemen yang digunakan dalam power play. Di mana anda menyerang zon pemain lawan secara 1 v 1. Ianya sangat berkesan untuk pasukan yang memiliki kelebihan secara teknikal ataupun pasukan anda ada pemain yang lebih baik secara 1 lawan 1. Lihat contoh di bawah ini. Dan untuk power play ataupun ultra offensive anda boleh naikkan penjaga gol untuk membantu.Fokus anda bukannya ruang tetapi cuba mengalahkan (eliminating) pemain secara teknikal. Nasihat kami jika lawan anda ada kelebihan teknikal yang ketara, elak taktik ini.

Picture

3. Peraturan 3 saat
Setiap pemain tidak boleh berada di satu zon lebih daripada 3 saat kecuali mereka sedang membawa bola. Peraturan 3 saat ini adalah untuk memastikan pemain sentiasa bergerak di dalam gelanggang dan mencari ruang. Taktikal ini sangat baik untuk menanam disiplin dalam diri pemain untuk bermain taktikal yang intensif. Ia juga meningkatkan tanggungjawab pemain untuk sentiasa bergerak dalam situasi tanpa bola. Ingat dalam bola sepak ataupun futsal, pergerakkan tanpa bola itu sangat penting.

Picture

4. Permainan individu
​
Ya, futsal adalah permainan yang memberikan anda peluang jika anda pemain individu yang bagus. Namun keupayaan individu itu hendaklah digunakan pada masa yang betul. Gerakan badan sangat penting dalam futsal. Gerakan mengacah (fake moves) adalah salah satu kriteria yang harus dimiliki seorang pemain futsal tak kira anda bermain posisi apa. Taktikal ini lebih bergantung kepada keupayaan memanipulasi lawan dengan mengacah dan juga memanpulasi blind side.

5. Power play
​
Pasti ramai pemain futsal tahu akan taktikal ini. Ianya digelar taktikal ‘all out attack’ untuk mencari gol pada saat genting. Penjaga gol akan terlibat di dalam serangan dan sudah pastinya ada kelebihan numerical di bahagian serangan. Futsal adalah permainan yang menggunakan sistem pertukaran bebas, pada fasa serangan akan dimasukkan penjaga gol yang memiliki kemampuan menggelecek, melakukan percubaan gol. Sebab itu kerap berlaku pertukaran segera pada fasa pasukan bertahan. Kerana kadangkala pemain yang bermain sebagai penjaga gol itu memang tak bagus sebagai seorang penjaga gol tetapi diaktifkan sebagi penjaga gol untuk power play. Power play memerlukan penjaga gol masuk segera ke zon lawan. Kenapa? Ini kerana peraturan futsal, penjaga gol hanya boleh mengawal bola 4 saat di kaki mereka sekiranya berada di zon sendiri. Ianya satu kesalahan dan memberikan sepakan percuma tak terus (indirect free kick) kepada lawan. Namun apabila berada di kawasan lawan, penjaga gol tak tertakluk kepada peraturan ini. Pada fasa inilah ianya digelar power play. Penjaga gol digelar flying goal keeper dalam taktik ini. Ini antara contohnya:

Picture
Picture
Picture



SELAMAT MENCUBA...

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • UTAMA
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN INDIVIDU/KUMPULAN
    • TUGASAN INDIVIDU 1
    • TUGASAN INDIVIDU 2
    • TUGASAN KUMPULAN 1
    • TUGASAN KUMPULAN 2
  • REFLEKSI
    • MINGGU 5
    • MINGGU 6
    • MINGGU 7
    • MINGGU 8
    • MINGGU 9
    • MINGGU 10